25 December 2011

Filem Songlap

Assalamualaikum.

semalam aku tengok cite Songlap kat TS
seriously seriously uoll kena tengok
malas nak ulas panjang-panjang
tapi mmg kena tengok
banyak current social problem dipaparkan
and banyak lesson yg boleh dapat dlm filem ni

 ni sinopsis die
(malas nk letak trailer die sbb takot wat berat blog, eh ye eh?)


sinopsis:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

aku bg rating movie ni 4/5. bole dikatakan first malay movie dpt rating tinggi drpd aku. hahah. tak rugi pon tengok.
k laa nk siapkan keje ni.  daaaaaaaaa

4 comments:

Shaznina Sofia said...

hye.. ouh SONGLAP... ad saya tgk iklan nye di TV.. BTW mmg mcm best.. :)

SyasyaHaha said...

haha bukan mcm best. mmg best pun.hihi:)

My Life's Journey said...

salam pekenalan ..citer ni memang best :)

Youhazreenda said...

hai, saya tagged awak. gi lah tengok :)